Pages

BEKAM-HERBA
.

October 15, 2020

MINYAK ZAITUN PALESTIN ORGANIK AL ARD (Extra Virgin Olive Oil)

 Minyak Zaitun disebut dalam Al Quran dan Hadith


"Demi buah tiin dan zaitun, dan gunung Tursina."

~ Surah Tiin 95:1-2 ~


~ Surah An Nuur 24:35 ~

Dalam nota kaki Tafsir Al Jalalain, As Shawi berkata, "Tidak tumbuh di sebelah timur dan bukan di sebelah barat. Maknanya, pohon ini tumbuh di tengah-tengah dan itu letaknya di Syam. Pohon zaitun di wilayah Syam adalah zaitun yang paling berkualiti."

Wilayah SYAM: Syria, Jordan, Palestin dan Lebanon 


~ Surah Al An'am 6:141 ~


~ Surah Al Mu'minun 23:20 ~


Umar bin Khattab berkata bahawa Rasulullah  bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana minyak zaitun itu berasal daripada pohon yang penuh berkat."

~ Hadith Riwayat Tirmizi ~

Keistimewaan Minyak Zaitun


1. Pohon zaitun berusia panjang. Ada penemuan pohon zaitun berusia 600 tahun di Palestin.
2. Satu pohon zaitun boleh menghasilkan buah antara 15-20 kg pada setiap tahun.
3. Negara pengeluar minyak zaitun: Sepanyol, Itali, Yunani, Turki, Tunisia, Portugis, Morocco, Syria, Algeria, Argentina, Palestin. (Sepanyol paling besar menghasilkan 416,000 tan setahun).


Untuk pembelian MINYAK ZAITUN PALESTIN ORGANIK AL ARD:

SILA KLIK DI SINI



Minyak Zaitun dalam bacaan arab kuno

* Daud Al Tanthaki dalam Kitab Tadzkirat Dawud
- Mengubati usus besar, menghancurkan batu karang & memperbaiki sistem ginjal, dan menghilangkan rasa sakit belakang

* Muwaffiquddin Al Baghdadi alam Kitab At Thibb Min al Kitab wa As Sunnah
- Menggunakan minyak zaitun akan menguatkan rambut dan organ tubuh serta melambatkan uban.

* Abu Bakar Ar Razi dalam Kitab Ar Rai'
- Boleh mendinginkan perut dan jiwa, membuang gangguan lemak dalam makanan serta menguatkan perut.

* Ibnu Qayyim dalam Kitab At Thibb an Nabawi
- Amat bagus untuk menghaluskan kulit dan melambatkan tumbuhnya uban.

* Ibnu Sina dalam Kitab Al Qanun fi At Thibb
- Zaitun adalah pohon yang agung

Kelebihan Minyak Zaitun

1. Mujarab mencegah kanser: kanser usus, kanser payudara, kanser rahim, kanser kulit

2. Mengawal kolesterol - Menurunkan LDL dan meningkatkan HDL

3. Mencegah penyakit jantung koronari dan pembekuan darah

4. Mengatasi tekanan darah tinggi

5. Penyakit kencing manis

6. Radang sendi

7. Kutu kepala

8. Menambah selera makan dan menjaga tubuh dari lumpuh

9. Melambatkan proses penuaan dan meningkatkan kecerdasan

10. Mengatasi sembelit yang kronik

11. Masalah buasir

12. Menjaga rambut / kelemumur

13. Pelbagai masalah kulit / jerawat

14. Ketumbuhan

15. Menghilangkan pecah-pecah pada tangan dan kaki


PALESTINIAN ORGANIC EXTRA VIRGIN OLIVE OIL (POEVOO)















1. Minyak Zaitun Extra Virgin dari Perahan Pertama & Cold Pressed.
2. Dari pilihan Buah Zaitun Terbaik & diproses pada hari yang sama.
3. Kandungan Acidity diantara 0.35% - 0.8%
4. Minyak dari Pokok Zaitun jenis Nabali, Roomy dan Souri.
5. Diiktiraf Halal, Organik EU dan JAS serta pengiktirafan Fairtrade.
6. Hasil dari Ladang Zaitun di kawasan tanah tinggi sekitar Nablus, Tebing Barat Palestine.
7. Buah Zaitun dari pokok Tua berusia sehingga 500 tahun hasil tanaman petani Palestine menghasilkan Minyak dengan Kandungan Khasiat Antioksidan yang lebih tinggi.
8. Minyak Zaitun diproses dan dibotolkan mengikut Standard & Piawaian International Olive Oil Council.
9. Saiz : Botol 250ml


Untuk pembelian MINYAK ZAITUN PALESTIN ORGANIK AL ARD:

SILA KLIK DI SINI

September 26, 2016

Manfaat Buah Labu Untuk Kesihatan

Buah Labu
Labu atau pokok labu merupakan tumbuhan yang tidak asing bagi masyarakat di Malaysia dan dunia.  Dalam bahasa Arab labu disebut dubba atau qar’, dan bahasa Inggeris disebut pumpkin. Bahagian yang boleh digunakan ialah buah, biji, daun, batang dan tangkai pada buahnya.

Terdapat beberapa jenis labu iaitu labu manis, labu air, labu siam dan labu kundur. Istimewanya buah labu ini ialah kerana, ia disebut oleh Allah dalam Al Quran. 

Allah SWT berfirman dalam Surah As Shaffat 37:146;

Ayat ini berkaitan dengan peristiwa yang berlaku pada Nabi Yunus A.S yang telah ditelan oleh ikan Nun, kemudian diperintahkan oleh Allah SWT untuk memuntahkannya semula. Setelah itu, Allah menumbuhkan pokok labu untuk baginda mengambil manfaatnya.

Sudah tentu labu mempunyai kelebihannya yang tersendiri, masakan Allah SWT memilihnya dari pelbagai jenis tumbuhan lain yang ada di dunia ini.

Selain itu, lebih menarik lagi, labu juga merupakan makanan kegemaran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.  Dalam sebuah hadith ada menyebutkan;


Manakala dalam riwayat lain, Anas bin Malik berkata; 

“Nabi SAW suka kepada labu.”

Ibnu Majah. Sunan Ibni Majah. Juz. 4, hlm. 425, no. hadis 3302. Tahkik Sunan Ibni Majah: Sanadnya sahih.
Secara umumnya bolehlah dikatakan bahawa labu adalah makanan para anbiya’.

Pelbagai Kegunaan Labu

Labu bukan sahaja digunakan untuk masak dan makan semata-mata, malah boleh juga digunakan untuk tujuan perubatan bagi merawat penyakit-penyakit tertentu dan meningkatkan tahap kesihatan.

Antara kegunaan labu dalam perubatan ialah:
  1. Sesuai dijadikan makanan untuk orang yang menghidap penyakit hati dan penyakit usus.
  2. Membantu melancarkan pembuangan air besar dan kecil.
  3. Menurunkan tekanan darah tinggi.
  4. Menurunkan kadar gula dalam darah.
  5. Meredakan demam.
  6. Dapat memberikan sistem ketahanan tubuh yang baik.
  7. Jus labu menjadi penawar bagi racun binatang berbisa.
  8. Merawat dan menyihatkan mata.
  9. Melawan radikal bebas.
  10. Awet muda.
  11. Mengatasi sembelit.
  12. Mengurangkan risiko stroke.
  13. Baik untuk penghidap anemia.
  14. Mengembalikan tenaga.
  15. Menenangkan saraf.
Selain daripada buahnya yang boleh dimasak dan makan, daun labu juga boleh dibuat sayur dan digunakan untuk menghalau lalat.

Daun labu untuk menghalau lalat
Semoga artikel yang ringkas ini dapat memberi manfaat kepada semua, In shaa Allah. Marilah kita sama-sama mencontohi sahabat Nabi yang bernama Anas Bin Malik RA, ketika beliau mengetahui Rasulullah SAW menyukai labu, maka beliau berterusan turut menyukainya. Selamat menikmati buah labu.

Pelbagai masakan labu


Al faqir ilallah:
Hisham Mohamad
Herbalist
ANALISA BEKAM HERBA  URUTAN